Sudah pastinya ramai otai-otai IM di Malaysia merasa gembira tak terkata apabila pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia sudah boleh withdraw paypal ke akaun bank. Berita gembira ini semestinya disambut baik para IM di Malaysia dan telah membuatkan aku tergerak hati untuk melakukan eksperimen kedua selepas misi mengeluarkan paypal ke kad debit Maybank telah berjaya!!
Apa yang menarik kali ini ialah charge yang dikenakan untuk melakukan pengeluaran adalah hanya RM4 berbanding RM20 jika melakukan pengeluaran ke kad debit..bagaimana??jimatkan??ok..kali ini aku akan cuba memberi hasil eksperimen kedua iaitu cara-cara mengeluarkan wang paypal ke akaun bank di Malaysia.
Langkah pertama:
kita seharusnya memasukkan maklumat seperti no akaun bank kita, nama bank (sama ada Maybank, CIMB dan sebagainya) dan SWIFT code bank tersebut..bagi mengetahui rujukan bagi SWIFT code bank, rujukan boleh dibuat di sini. Sila perhatikan rajah di bawah:

Pics: masukkan maklumat no akaun bank, nama bank dan SWIFT code bank


Langkah Kedua:

Sila 'save' kan maklumat tersebut dan lakukan pengesahan maklumat tersebut seperti di bawah:

Pics: SAVE maklumat tadi seperti gambar di atas

Langkah Ketiga:

Jika mahu melakukan pengeluaran pertama ke dalam akaun kita tadi, sila masukkan jumlah amaun yang hendak dikeluarkan seperti gambar di bawah dan pastikan wang paypal tadi di keluarkan ke akaun bank kita dan bukannya kad debit.

Pics: masukkan jumlah amount pengeluaran.

Langkah Keempat:

Sila sahkan dan pastikan jumlah pengeluaran adalah betul dan no akaun serta maklumat pengeluaran adalah betul seperti yang kita masukkan pada langkah pertama tadi.

Langkah Kelima:

Selepas melakukan pengeluaran dari paypal, kita akan menerima email dari paypal bagi menyatakan bahawa pengeluaran sedang dalam proses dan akan memakan masa 3-4 hari. Selepas itu, boleh lah anda memeriksa akan bank anda untuk memastikan transaksi wang paypal anda berjaya atau tidak. Seperti yang saya lakukan, bahawa transaksi paypal saya ke akaun Maybank saya telah berjaya, sila lihat gambarajah di bawah:

Pics: kotak biru menunjukkan wang paypal saya sudah berjaya di masukkan ke akaun maybank.

Akhirnya misi kedua ini juga sudah berjaya, jadi apa lagi??jom transferkan wang paypal ke akaun bank kita..jimat, murah dan cepat!!