Tentu ramai tertanya-tanya benarkah ada cara untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis blog atau blogging? adakah cara lain selain adsense dan nuffnang?jawapannya YA..memang ada cara lain menjana pendapatan dengan blog.lebih memeranjatkan ialah pendapatan sampingan ini diperolehi melalui blog yang baru sahaja berusia 2 hari dari seorang blogger tempatan, iaitu saudara Wanmus.


Serba sedikit berkaitan latarbelakang beliau, Wanmus atau nama sebenarnya Wan Mohd Musyris ini adalah merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia usahawan Internet di Malaysia. Lulusan pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Skudai ini mula bergiat aktif dalam dunia perniagaan Internet ini sejak dari tahun 2005 lagi. Bermula dengan penubuhan syarikat milik beliau, Wanmus Technologies, beliau mula mengorak langkah dengan membangunkan beberapa program dan perniagaan Internet seperti blog Wanmus.com, jomhosting.net, asasministe.com dan myekamus.com.

Berbalik dengan topik kita, tahukah anda bahawa kita mampu menjana pendapatan sampingan melalui blog walaupun blog baru berusia 2 hari? Berbeza dengan entri saya sebelum ini berkaitan pendapatan blog dengan adsense, kali ini ingin saya dedahkan cara menjana pendapatan sampingan melalui blog cara saudara Wanmus. Menurut beliau, ini bukanlah daripada program Adsense. Tetapi ilmu ini diperolehi oleh beliau semasa beliau mengikuti Seminar Smart Blogging anjuran seorang lagi blogger tersohor di Malaysia iaitu saudara Rohaizad atau lebih dikenali dengan nama Bro Ijad.

Pic: Pendapatan blog oleh Wanmus

Jadi, inginkah anda memperolehi duit mudah dengan hanya menulis blog seperti yang diperolehi oleh saudara Wanmus dengan blognya?jika YA...sertailah Seminar Smart Blogging dan dapatkan ilmu-ilmu serta tips-tips dan rahsia berguna dengan manjana pendapatan dengan blogging cara Wanmus.