Pada sabtu yang lalu, pasti ramai yang menonton Anugerah Planet Muzik 2009 (APM) terkejut dengan gelagat tidak senonoh vokalis band Indonesia, kumpulan Slank iaitu Kaka. Pada majlis tersebut, Kaka dengan sengaja melondehkan seluar bertujuan untuk menayangkan Seluar dalam@ boxer beliau yang tertulis 'Bombers Kiss My' yang berniat untuk menunjukkan protes beliau terhadap kejadian pengeboman di Indonesia pada hari Jumaat lepas.
Difahamkan kejadian itu, tidak dapat ditapis oleh syarikat penyiaran negara, Astro memandangkan ia adalah rancangan secara langsung. Diharapkan Kaka supaya lebih sensitif terhadap tindakan tidak senonoh beliau memandangkan rancangan ini, disiarkan di negara Asean yang pastinya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Bagi yang terlepas untuk menyaksikan gelagat tidak senonoh itu, sila lihat video di bawah: