Terkejut jugak kami di Jom Terjah!! bila mendapat tahu tentang berita tentang Penangkapan pelawak Saiful "Apek" kerana beliau dipercayai memiliki dadah. Berikut adalah antara berita penuh mengenai tangkapan beliau.

Pelakon komedi terkenal,Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41 atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam (12/6). Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kalau dulu, beliau pernah dituduh mengambil dadah gara-gara gambar Saiful Apek hisap dadah di bawah, dan beliau menafikan tuduhan tersebut. Tetapi kini lain pula ceritanya apabila beliau ditahan akibat dadah.