Selepas bertarung nyawa hampir 3 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, pelawak, pelakon dan DJ ERA, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam tadi akibat demam denggi..

Beliau meninggalkan seorang balu Suhaini binti Che Man, 42 dan 3 anak iaitu Nil Aina Adiba, 17, Mior Ahmad Shafiq, 12 and Nir Ain, 3. Pemergian beliau amat dirasai terutamanya dalam dunia komedi negara kerana beliau adalah merupakan seorang artis serba boleh dan sorang pelawak yang berkebolehan dan berbakat besar. Kami di sinimengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Allahyarham dan Al Fatihah semoga roh beliau dicucuri rahmat Nya..Amin..

Arwah Din Beramboi dalam kenangan..