Kami dahulukan ucapan takziah kepada Azrinaz Mazhar Hakim kerana berita yang kami dengar bahawa beliau telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan.

Untuk yang tidak mengetahui, Azrinaz Mazhar merupakan bekas wartawan TV3 sebelum disunting menjadi isteri kepada Sultan Brunei. Kemungkinan besar dengan penceraian ini, Azrinaz Mazhar bakal pulang ke Malaysia. Kita tunggu dan lihat nanti.

Oh ye, buat anda yang tidak mengenali siapakah Azrinaz Mazhar, mungkin
koleksi gambar Azrinaz Mazhar dapat membantu anda. Untuk makluman, perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar dikurniakan 2 cahaya mata.

Takziah kepada beliau dan semoga tabah menghadapi hidup selepas ini.