Baru-baru ini beberapa orang kawan bertanya tentang prestasi semasa unit trust Public Mutual pada saya. Seperti yang diketahui, kegawatan ekonomi nampaknya dalam proses pemulihan. Alhamdulillah, di Malaysia dan kawasan serantau, proses pemulihan ini agak rancak. Jika kita tengok prestasi pasaran saham di Malaysia dan serantau memang sudah naik balik. Jadi, prestasi dana unit trust terutamanya yang berkaitan ekuiti pun turut naik sama.

Prestasi unit trust Public Mutual pun sama juga lah… memang tengak naik sekarang ni. Memandangkan saya hanya promote dana unit trust shariah Public Mutual, saya senaraikan top 10 dana unit trust shariah dari segi total return berdasarkan prestasi satu tahun (sehingga 16 Oktober 2009 lepas). Data ini saya kumpul dari web Public Mutual… anda nak check sendiri pun boleh… saya cuma kumpulkan je untuk memudahkan rujukan.

Berikut ialah top 10 total return unit trust shariah Public Mutual berdasarkan prestasi semasa beserta graf. (sila klik pada imej untuk melihat imej yang lebih besar)

1. Public Asia Ittikal Fund (PAIF)
Total return = 42.11%


2. Public Islamic Opportunities Fund (PIOF)
Total return = 41.85%

3. Public China Ittikal Fund (PCIF)
Total return = 41.66%

4. Public Islamic Asia Dividen Fund (PIADF)
Total return = 38.08%

5. Public Ittikal Fund (PITTIKAL)
Total return = 35.23%

6. Public Islamic Sector Select Fund (PISSF)
Total return = 31.75%


7. Public Islamic Equity Fund (PIEF)
Total return = 30.13%


8. Public Islamic Dividen Fund (PIDF)
Total return = 31.09%

9. Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF)
Total return = 29.49%

10. Public Islamic Select Enterprises Fund (PISEF)
Total return = 29.16%

Untuk dana yang sudah lama, anda juga boleh check total return untuk 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun. Ataupun boleh juga check untuk total return sejak dana itu ditubuhkan… semuanya boleh check di web Public Mutual.


Tips : Selain total return dana unit trust Public Mutual, perhatikan juga total return untuk dana penanda aras (benchmark) di graf-graf tersebut. Contohnya untuk dana kegemaran saya, PIOF… Total return PIOF melebihi penanda aras sebanyak 4.46%. Maknanya prestasi dana ini cukup baik hingga boleh outperform atau mengatasi penanda aras dana tersebut walaupun untuk perbandingan satu tahun. Disamping itu jika boleh, buat perbandingan untuk jangkamasa 3 tahun dan lebih. Jika dana tersebut jauh meniggalkan pananda aras, ini menunjukkan dana tersebut dapat memberi pulangan yang baik dan persistence (ketahanan untuk jangka panjang).

Amaran : Seperti biasa kita baca dalam prospektus, prestasi lepas tidak boleh dijadikan sandaran untuk ukuran prestasi akan datang. Jadi, sebelum melabur sila buat kajian terlebih dulu supaya sesuai dengan kedudukan dan matlamat kewangan anda. Saya hanya menyampaikan… wang anda, anda yang menentukannya bagaimana nak belanja atau membiakkan wang tersebut.



mula melabur : 18 feb 2009.
nama dana : public islamic balanced fund.
jumlah pelaburan : rm5000.00
jumlah pulangan : rm1127.14
total pulangan : 22.54%
keluarkan pulangan : 1 apr 2010.
jumlah yang dikeluarkan : rm1015.65.