Pehhh..Memang nasib baik betul lah si Mimie dan Jojoe ni yang terselamat setelah kereta Mazda 3 yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalanraya dan terbalik Jalan Lebuh Bandar Utama Damansara sebentar tadi! Shamimi Amalina atau Mimi yang memandu kereta tersebut melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kemalangan itu.

Pelik nih,kenapa dia pergi langgar pokok tu? Apa kejadahnya pokok tu pulak yang jadi mangsa? Tengah tingtong ke petang-petang ni sampai pokok pon dah tak nampak? Tengok dari keadaan keretanya memang diorang berdua yang kononnya sedang bercinta ni bernasib baik sebab tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius!

Kereta je yang terbalik macam lembu kene langgar dek lori,ni mungkin jugak menandakan yang perempuan memang lebih cepat nervous bila memandu berbanding lelaki jika menghadapi situasi yang mencemaskan! Panik datang terus taktau nak buat apa dan dush dier langgar pokok pulak! Huahuahua..Macam kawan perempuan Rokku yang pergi langgar divider jalan dengan takde sebab! Sebab kecuaian sendiri! Lesen P pastu takot pulak nak report polis,tak report polis tak boleh claim insurans! Kalau report takot kantoi disebabkan reckless driving! Akhirnya terpaksa lah kawan-kawan jadi pak sanggup tolong buat report.Korang kalau bawak kereta tu berhati-hati sikit beb,nyawa korang dengan kawan-kawan dan pemandu lain jugak menjadi taruhan!