Salam sejahtera semua...selalu dalam blog ni, saya byk bercerita berkenaan hasil Forex dan Ebay saya..sesekali, nk juga kita bercerita berkenaan isu semasa..antara kisah yg sedang hangat diperkatakan ialah mengenai Manohara Odelia Pinot.siapakah si Manohara ini??...

Semenjak dua menjak ini kecoh dengan isu Manohara Odelia Pinot yang masih lagi isteri yang sah kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Petra.

Manohara Odelia Pinot merupakan seorang model indonesia yang manis, cantik dan bijak. Anak kepada sorang model juga bernama Dasiy Fajarina. Manohara kini masih berusia 17 tahun.

Manohara Odelia Pinot mula mengenali rapat Tengku Temenggong (TT) sejak berusia 14 tahun iaitu pada tahun 2006. Pernah Tengku Temenggong berkunjung ke Bali menemui Manohara Odelia Pinot, juga ada khabar kelihatan mereka mesra bersama ketika di Singapura pada tahun 2007.

Kekecohan bermula sekitar April tahun lepas apabila media mengeluarkan kenyataan mengatakan Manohara Odelia Pinot telah di culik oleh Kerabat Diraja. Ini diakui sendiri oleh ibunya ketika terpisah dengan Manohara di Indonesia. Namun berita ini reda seketika apabila pada tahun yang sama bulan Ogos 2008, Tengku Temenggong Kelantan telah selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tidak diketahui samada Manoraha benar-benar diculik atau pun lari kerana ingin hidup bersama kekasihnya Tengku Temenggong, atau pun itu adalah sebahagian rancangan ibu Dasiy Fajarina.

Sejak itu hidup mereka sebagai suami isteri tampak mesra, ini kelihatan setiap kali mereka keluar dari istana samada atas urusan rasmi atau tidak.

Cik Puan Temenggung Manohara Odelia Pinot terus kelihatan mesra bersama Tengku Temenggung mahu pun rakyat Malaysia. Kali terakhir di lihat ketika CPT Manohara menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama PUSPANITA MPKB pada 12 Mei yang lepas.CPT di lihat begitu selesa bersama TT di kelilingi oleh ahli PUSPANITA.

Tetapi kemelut keretakan rumah tangga mereka berdua mula meretak apabila ada campurtangan dari pihak ketiga iaitu daripada ibu CPT Manohara sendiri, Dasiy Fajarina.



Dasiy Fajarina sendiri mempunyai masalah peribadi, kes terbarunya ialah penderaan terhadap pambantu rumah yang juga rakyat Indonesia bernama Salihah. Kesalahan itu menyebabkan pihak berkuasa Perancis mengenakan hukuman penjara 18 bulan namun perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa Indonesia sebelum menangkap Dasiy Fajarina.

Dasiy Fajarina di katakan seorang penipu, boros, dan mata duitan sehinggakan dia berhutang beratus ribu ringgit. Sampai satu ketika Dasiy Fajarina hendak masuk Malaysia melalui KLIA tidak mendapat pelepasan atas alasan keselamatan. Ini kerana nama Dasiy Fajarina tersenarai dalam senarai buruan Interpol atas jenayah yang di buat di luar negara.

Semenjak kejadian itu Dasiy Fajarina lebih berusaha keras untuk mendapatkan kembali anaknya Manohara.Sehinggalah pada tanggal 31 Mei 2009 ketika Manohara sedang melawat Sultan Kelantan yang dirawat di Hospital di Singapura, dengan bantuan dan campurtangan Kerajaan Amerika, Singapura dan Indonesia Manohara berjaya dibawa pulang ke Indonesia.

Sejak itu terus meletup satu demi satu kisah penderitaan yang di terima oleh Manohara semasa bersama keluarga Tengku Temenggong. Namun ada yang mengatanya itu semua adalah skrip buatan ibunya sendiri yang sudah ditulis sebelumnya. Tetapi ada juga yang mengatakan ibunya mendapat tahu cerita itu dari surat-surat yang dikirimkan oleh Manohara ketika di Malaysia. Tiada siapa tahu mana yang betul mana yang salah. Tetapi dendam antara Dasiy Fajarina dan Keluarga Tengku Temenggung memang sudah wujud di saat CPT Manohara terpisah dari bawah ketiaknya.

Banyak lagi kisah keluarga 3 beranak Manohara, Dewi dan Daisy yang masih tersirat. Antaranya ialah George Mann, di katakan George Mann adalah ayah kandung Manohara. Maka sepatutnya nama penuh CPT ialah Manohara George Mann dan bukannya Manohara Odelia Pinot? Ada yang mengatakan nama Pinot berasal dari sebuah jenama Arak (wine) terkenal. Kenyataan itu di sokong apabila Dasiy Fajarina pernah mengaku mempunyai pengangan syarikat wine nya sendiri di luar negara.

Di saat Manohara kembali ke Indonesia, banyak kenyataan dan pengakuan yang dibuat disisi Ibunya.Antaranya dia di dera, di perlakukan seperti binatang dan paling serius dirogol ketika berada di Singapura sebelum berkahwin.

Kini terserah lah kepada kedua keluarga samada mahu mencari jalan penyelesaian dengan cara baik/rundingan mahu pun menggunakan alternatif kuasa mahkamah bagi mendapatkan pengadilan.

(sumber:selebrititv.com)