Pics: hasil jualan saya di lelong.com.my!!!

Selalunya, saya sering bercerita tentang jualan di laman web http://www.ebay.com/. Buat pengetahuan semua, selain daripada membuat jualan di eBay, saya ader juga membuat jualan di lelong.com.my..laman web ini adalah merupakan laman web jualan atau lelongan di Malaysia.
laman web ini lebih mudah serta mesra pengguna...dan senang dikendalikan...apa yang perlu dilakukan oleh pengguna baru, anda hanya perlu mendaftarkan diri di laman web tersebut, dan mestilah verified MyKad anda..serta no telefon tetap...selepas itu, anda boleh menggunakan kemudahan untuk membeli serta menjual di sini...
Konsepnya hampir sama dengan eBay, cume ia versi Malaysia..